Sunday, April 10, 2016

MANFAAT VITAMIN C PADA KULIT DAN TUBUH

Vitamin C atau dikenal dengan asid absorbic ini mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembentukan kolagen yang membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh serta membantu penyerapan zat besi.

Manfaat Vitamin C untuk Kulit adalah :

    ♥Mencerahkan kulit, membuat kulit sihat dan bercahaya
    ♥Memperbaiki tekstur kulit yang kusam dan pucat
    ♥Melindungi kulit dari radikal bebas
    ♥Mengurangkan proses pigmentasi akibat pengaruh UV B
    ♥Meningkatkan sintetis kolagen
    ♥Sebagai antioksidan
    ♥Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit

Manfaat Vitamin C Bagi Tubuh adalah:

1. Mencegah stroke

Ada banyak bukti bahawa diet tinggi antioksidan yang kaya buah dan sayuran membantu mengurangkan penyakit kardiovaskular. Namun beberapa study penting menunjukkan bahwa mereka dengan pengambilan vitamin C dalam tubuh mereka, risiko untuk menderita stroke (terutama pada wanita) semakin menurun.

2. Melawan kanser

Beberapa penelitian menunjukkan bahwa beberapa wanita yang megambil banyak vitamin C dari makanan seperti buah-buahan atau sayur (bukan suplemen), memiliki risiko lebih rendah terkena kanser payudara.

3. Meningkatkan mood

Sejak dulu sudah diketahui bahawa kekurangan vitamin C dapat menyebabkan perubahan psikologis. Belum lama ini, peneliti dari McGill University menunjukkan bahawa pemberian suplemen vitamin C (500 mg dua kali sehari) bagi pesakit mental yang kekurangan vitamin C, secara signifikan membantu meningkatkan mood mereka.

4. Mengubati infeksi vagina (BV)

Infeksi vagina merupakan penyebab paling umum dari keputihan dan biasanya menimbulkan bau tidak sedap, yang mempengaruhi hingga 30 persen wanita hamil dan sepersepuluh wanita yang tidak hamil. Dua studi terbaru menunjukkan bahwa pemberian vitamin C tablet untuk vagina (250 mg selama enam hari) dapat mengubati bacterial vaginosis (BV) dengan cara menurunkan pH vagina .

5. Memperbaiki kulit

Vitamin C adalah antioksidan yang paling banyak diperlukan kulit, di mana ia membantu meneutralkan radikal bebas yang menumpuk akibat  sinar matahari dan usia. "Pemberian vitamin C yang dikombinasi dengan bahan lain, memperbaiki beberapa tanda-tanda penuaan termasuk garis-garis halus, pigmentasi tidak merata, warna kulit dan tekstur," kata Dr Mariusz Sapijaszko, direktur medis dari Youthful Image Cosmetic Surgery Clinic dan seorang profesor dermatologi di University of Alberta.

Pilihan ahkak opkos VITAMIN SHAKLEE

★Teknologi penghasilan Vitamin C Shaklee adalah sustained release.Kenapa perlu teknologi sustain release? Sebab vitamin c mudah musnah,bersifat larut air dan tidak dapat disimpan lama dalam badan.

★Sustained release adalah teknologi yang membantu Vitamin C untuk kekal lama dalam badan dimana hanya 100mg vitamin C dilepaskan ke dlm badan setiap sejam.

★Satu tablet vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren.

★Vitamin C Shaklee lengkap dgn bioflavonoid (bahan penting yang membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik)

★vitamin C Shaklee semulajadi tanpa bahan pewarna atau perisa tambahan

Saturday, April 9, 2016

PROMOSI APRIL 2016 VITAMIN C SHAKLEE

Assalamualaikum uols...

Bulan ni mcm yg uols semua tau, Shaklee buat promosi VITAMIN C...harga murah dengan setiap pembelian 7 botol Vitamin C.

Vitamin C ni mmg best seller semua semua dari kita hari2 ambil Vitamin C dari pelbagai sumber...tapi yang perlu kita tahu, cukup ke pengambilan Vitamin C harian kita????

Jadinya Vitamin C Shaklee memang pilihan yang tepat sebabnya diperbuat dari bahan2 organik dan pelepasan mengikut masa serta senang dicernakan oleh badan manusia. Shaklee dah buat research beratus2 kali tau...memang halal.

Oklah t ahkak bagitau pula apa fungsi vitamin C pada kita yer ^_^

Thursday, August 20, 2015

ULSER MULUT

     Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.
     
     Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.


Tanda-Tanda Ulser Mulut

  • tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah. Ia boleh terjadi di kawasan mulut yang lain sperti gusi dan lidah.. (Lihat struktur mulut)
  • sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.











Sebab-sebab terjadinya ulser mulut

>> kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.

>> kekurangan zat dalam makanan yang diambil.   

>> tekanan perasaan (stress).

>> alahan kepada makanan seperti nenas dan sebagainya.

>> penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.

>> pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).

>> kurang minum air masak




Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya. 




Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan. 




Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi. 

Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut: 

a. Banyak minum air suam.

b. Berehat dan tidur dengan cukup.

c. Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.

d. Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin C




Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut.






Lokasi yang sering terjadi kanser mulut

Kanser mulut sering terjadi di lokasi berikut :

Lidah
Lantai mulut
Lapisan dalam pipi
Gusi
Lelangit
Bibir bawah

Suplemen Shaklee untuk ulser mulut adalah :


     

>> Vitamin C - untuk meningkatkan sistem imune

>> B Complex - untuk elakkan daripada tekanan perasaan

>> Carotomax - vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut

>> Vitalea - meningkatkan ketahanan dari jangkitan dan penting untung pertumbuhan sel dan pembiakan

>> Zinc Complex  - cepatkan proses penyembuhan

>> Vivix >> menyokong sistem imune







Thursday, August 13, 2015

SET BERPANTANG SHAKLEE

Set Asas Bersalin Shaklee

Set ini terdiri daripada 4 jenis Vitamin iaitu:

1.Vitalea – multivitamin yang berfungsi membentuk sel darah merah bagi menggantikan darah yang hilang semasa bersalin

2.Vitamin C – Mengelakkan anemia dan meningkatkan imunisasi ibu.

3.B- Complex – Menjaga kesihatan saraf ibu dan bertindak sebagai anti-stress (Mengelakkan meroyan semasa berpantang)

4.Zinc – Mempercepatkan proses penyembuhan luka



Set Asas Bersalin Shaklee + Ostematrix + ESP

Set ini mengandungi 4 vitamin asas dan penambahan Ostemaxtrx dan ESP:

1.Ostematrix – Mengelakkan sembelit dan membekalkan kalsium yang cukupi kepada ibu dan bayi yang menyusu.

2.ESP – Membekelkan tenaga dan protein yang mencukupi kepada ibu berpantang.



Set Bersalin Premium
 
Merupakan set lengkap untuk berpantang + Set Penyusuan Shaklee + Set Slimming Shaklee
Terdiri dari Set Berpantang Optimum + Alfalfa + Lechitin

1.Alfalfa – Merupakan kacip fatimah / jamu moden dan juga membantu melancarkan penyusuan susu ibu.

2.Lechitin – Membantu mengurangkan masalah bengkak susu dan membakar lemak untuk menurunkan berat badan.



Cara Mudah Memahami Set berpantang Shaklee

Set Asas : Vitalea + Vitamin C + B-Complex + Zinc
Set Optimum : Set Asas + Ostematrix + ESP
Set Premium : Set Optimum + Alfalfa + Lechitin

Kelebihan Set Berpantang / Bersalin Shaklee
  1. LENGKAP : Membekalkan vitamin yang mencukupi kepada ibu dan bayi yang menyusu.
  2. MUDAH : Mudah diambil kerana dalam bentuk pil / kapsul
  3. JIMAT : 1 set lengkap adalah untuk kegunaan 2 – 4 bulan bergantung kepada produk
  4. SELAMAT : Untuk ibu yang bersalin secara pembedahan / Ibu yang anak terkena jaundice / demam kuning
Alhamdulillah saya telah menggunakan Set Bersalin Premium semasa bersalin pada 2014, hasilnya sangat memuaskan. Susu banyak, luka cepat sembuh, badan segar dan cergas malah berat turun hampir 20kg...

Wssp untuk pertanyaan dan oder
0123624426

Boleh juga melalui emel shaedah.shahuddin@gmail.com

Wednesday, May 20, 2015

PEMBERITAHUAN SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni saya just nak upload pasal statement shaklee mengenai 'khabar angin' dan berita-berita mengenai Shaklee.







Saya tak nak komen pasal sume ni sebab Shaklee sendir telah mengeluarkan kenyataan dan sebarang aduan juga boleh diadukan kepada pihak shaklee.

Sekian...

Eda
0123624426

Friday, May 15, 2015

Pentingnya Suplemen Untuk Kekal Bertenaga

Assalamualaikum

Hai, bersua pula kita di hari Jumaat yang mulia ni...tarikh pun cantik 15/05/15.

Tengah hari tadi berkesempatan ke kelas Zumba, wah rajin pulak sejak tgk kawan-kawan selim melim...in shaa Allah i'm next ^-^



Sebelum mulakan kelas sembang-sembang pasal suplemen, dalam sembang-sembang tu ada sorang kawan ni order herb-lax...badannya cantik, kurus, selim melim...tp masih memerlukan herblax...ha, jangan tak tahu orang yang kurus pun tetap ambil berat akan kesihatan usus inikan pulak akak yang comel..keke...maklumla hari kerja makan macam-macam so hari cuci kasi cleaning balik usus...



Pastu kami sume pun lenjan zumba...aku pun hentam saje lah labuuu...kekeke
 
Pas habis zumba sambil duduk-duduk rehat, sembang pulak dengan cikgu Zumba...korek-korek rahsia cikgu yang bertenaga dan semakin cantik walaupun pada usia pertengahan 30an. Yang bestnyer cikgu pun amalkan suplemen dan collagen...beliau cakap 'kalo tak ambil suplemen dan collagen, macam mana nak kekal sihat dan bertenaga kalau hari-hari ada kelas!"

Itu cikgu zumba sah-sahla dia kene amik suplemen bagai kan untuk kekal sihat...yang kita ni pun kene ambil juga sebelum terlambat, tak kan umur masih muda tapi nak buat apa pun tak larat kan???

Sayangi diri anda!!! Pesanan untuk diri sendiri yang selalu malas nak jaga kesihatan dan kecantikan tapi rajin makan suplemen ;)

Thursday, May 14, 2015

OMEGA MENGUATKAN DAYA INGATAN!!!

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak tulis blog ni..eceh, tulis apanya kan selalunya post artikel-artikel berkenaan produk je kan..hehehe



Ni saje la nak share tentang Omega Guard...saya start ambil omega ni masa mengandung anak yang kedua tahun 2013(maklumla masa tu baru kenal Shaklee). Dalam Kelas Nutrisi Shaklee menyatakan yang Omega Guard ni bagus untuk ingatan dan sangat bagus untuk bayi dan ibu, juga kepada pelajar-pelajar.

Aku rasa sepanjang mengandung masih kuat jugak pelupanyer..wahahaha...

Tapi yang bestnyer pada baby Irdina, perkembangan dia pantas dan cepat.  Daya ingatan dia kuat..alhamdulillah...

So saya ingat sampai situ jekla n saya juga ingat yang sakit PELUPA saya ni dah tak boleh hilang...hahaha..apa punyer pemikiran daa...

Tapi saya still makan Omega Guard sampai sekarang...

Nak dijadikan cerita, 12 Mei 2015 yang lepas saya ambil Exam KPSL kat MAEPS...ujian subjektif dan boleh rujuk buku...tapi bukan senang seperti yang disangka..semua hujah berdasarkan fakta, kene paham betul-betul soalan..tulis kene laju hokeh...otak rasa cam tayar berpusing-pusing..hehe



Apa yang menyeronokkan saya ialah, semasa menjawab soalan dan menyalin dari buku ke kertas jawapan, otak saya cepat menangkap bait-bait perkataan dalam buku tersebut...senang cakap tengok je dah boleh terus tulis tanpa terkial-kial nak cari dan baca berulang-ulang kali...hurm...bagus betul Omega Guard ni...tak sangka yer...

Ingat untuk orang mengandung n untuk buang koletrol jer..muahahaha..

Apapun saya sangat-sangat la syorkan kepada kawan-kawan semua..tak kira lah tua ke muda ke pelajar ke kanak-kanak ke kan...

Alang-alang dah citer tentaang Omega Guard ni, nak bagitau lah kan..Promosi Omega Guard Shaklee Buy 6 Free 7...jimat dan murah dari biasa..nak beli 1 dengan harga promosi pun boleh!!!

Wssp Eda ok,
0123624426

Kalo segan, nak emel pun boleh
shaedah.shahuddin@gmail.com